Tentang Wanita Melayu

Banyak kisah tentang wanita melayu, muda, cantik, pintar dan mudah
terpedaya, walaupun sanggup mengingkari nasihat ibu bapa dan menerima
akibatnya, dipenhjara, ditipu. Kenapa ? Cerita wanita melayu
dikahwini pendatang atau lelaki tua asing, dan akibatnya merengkok
dalam penjara memang benar dan serious.

Akhbar Mingguan Malaysia, muka 09, semalam bth 02hb Dis 07
menceritakan nasib Raja Munira, wanita melayu, terpelajar yang
terpedaya dengan mudah oleh lelaki asing yang baru dikenali dengan
hanya pelawaan temuduga kerja di Tokyo. Tanpa berfikir panjang,
tanpa izin ibubapa, wanita ini terbang keTokyo, ditangkap kerana
tidak sedari bag yang diberikan oleh teman lelaki mengandungi dadah
dan dihukum 7 tahun 4 bulan penjara. Telah menangis selama dua
tahun.. ada lagi 5 tahun.

Tahun lepas akhbar harian tempatan juga menceritakan kisah yang
hampir sama berlaku di Sydney, apabila dengan mudah pendatang asing
perdaya wanita melayu bawa dadah dan dipenjara. Bagaimana cerita di
penjara Thailand dan Hong Kong pula ?

Semasa saya di Brisbane, seorang rakan bawa saya ke ladangnya. Dalam
perjalanan, kami lalui sebuah kawasan ‘high crime prison’ yang
menempatkan penjenayah berat, diantaranya ramai melayu dipenjara
kerana seludup dadah. Mengikutnya, kebanyakannya wanita melayu,
muda, cantik dan terpelajar.

Di Sydney lain pula ceritanya. Semasa menginap di sebuah hotel milik
melayu, di chinese street, seorang kawan asal singapura yang bekerja
di hotel tersebut Sdr Rosli menceritakan seorang jurutera, wanita
melayu lepasan NSW university kahwin lelaki Australia. Apabila sakit
dan meninggal, wanita melayu tersebut dibakar sebelum ditanam
mengikut adat yang diikuti suaminya. Sdr Rosli yang mengenali wanita
tersebut berkejar dan dibenarkan membawa debu mayat untuk dikebumikan
di perkuburan muslim di utara Sydney . Apa yang berlaku kepada
anak-anak yang ditinggalkan kita tidak ketahui. Cukup sedih dan
menyayat hati, tapi benar.

Semasa di Kenya, saya dimaklumkan seorang wanita melayu lepasan
universiti ohio , berkahwin dan ikut suaminya tinggal di Nairobi .
Wanita dengan lima anak, tinggal disebuah banglo bulat, luas 5mtr x
5mtr beratap dan berdinding rumpai padi. Untuk pastikan tidak lari
pasportnnya telah dibuang…

Ubi dan pisang mengisi perut setiap hari, wanita itu tiada air mata
lagi..

Semasa di UAE lain pula ceritanya, seorang wanita lepasan universiti
dari Tokyo , kahwini lelaki somalia . Kerjanya disana hanya cari
wang untuk suami dan beranak … No pasport, no cries..

Baru-baru ini dua adik beradik melayu, terpelajar dan berjaya dalam
perniagaan, menghawini lelaki australia yang juga adik beradik.
Walau ditentang oleh kedua orang tua, adik perempuan tersebut
meneruskan perkawhinannya walaupun menyedari kakanya telah ditipu dan
ditinggalkan oleh lelaki australia .

Bagaimanan pula dengan rintihan ramai wanita melayu tempatan yang
kahwini lelaki iran , pakistan atau bangladesh , sedangkan mereka
tahu akibatnya… ditinggal, ditipu, diseksa, macam-macam lagi.

Sdr, kenapa perkara ini berlaku. Kenapa begitu mudah wanita melayu
yang cerdik pandai, cantik mudah digula oleh lelaki asing, tua pulak,
engkar nasihat ibu bapa, keluarga dan terpedaya dan dipenjara. Yang
penting lawan dan bangga dapat suami bukan melayu. Kalau seorang
ustad, muda, cuba dekati mereka, mereka terasa hina, agaknya. Saya
pernah tanya kenapa masalah seperti ini terus berlaku.. Ustad Farhan
dan Ustad Ismail Kamus kata… makanannya tidak bersih, pegagangan
agama tidak betul, lawan nasihat ibu bapa, dan kebendaan mengatasi
segalanya.. dalam erti lain buta hati.

Sdr, kita perlu berfikir masalah ini. Tentu Sdr Mohamad Salleh, Sdr
Ibrahim Mahmud dan yang lain banyak pengalaman yang boleh ceritakan
untuk kita sama-sama pelajari, ambil iktibar dan elakkan. Sdr Hanapi
tidak lama dulu menceritakan tentang anak-anak kecil yang mudah
‘digula’, dibotakkan, dipotong tangan untuk dijadikan hamba peminta
sedekah oleh pendatang perlu kita ambil berat. Saya harap apa yang
saya sampaikan ini menjadi peringatan dan supaya kita dapat didik
dairi kita dan keluarga kita.

Facebook
Twitter
Pinterest